Biskut Makmur

Bahan-bahan

• 250 gram margerine ( butter lg baik) cairkan
• 5-6 sudu makan gula halus
• 5-6 sudu makan susu tepung
• 100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
• tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )

• *Hiasan:
• 100 gram gula halus
• 100 gram susu tepung
• Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara
1. Campurkan margerine / butter cair , gula , kacang kisar dan susu tepung. Gaul sebati.
2. Kemudian,masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan.
3. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil.
4. Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.
5. Setelah biskut masak, salutkan biskut dengan gula dan susu tepung.

Comments

Popular posts from this blog

BINA KERJAYA BERSAMA VOLTEN

PETUA CUCI HATI

Layanan Buruk Di Unit Hasil Hospital Kajang