Adat Perpatih
Adat Perpatih (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.) Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato’ Pepatih Pinang Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. Struktur Masyarakat Adat Perpatih Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu [Perut Suku dan Luak]. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah beras...