Layanan Buruk Di Unit Hasil Hospital Kajang
Pada 08/07/2008 jam lebih kurang 1.30 petang saya telah pergi ke UNIT HASIL Hospital Kajang untuk menjelaskan bil hospital anak saudara saya (5 BULAN) yang telah meninggal dunia jam 11.55 pagi. Saya di fahamkan oleh pegawai yang bertugas di unit rawatan rapi (BAYI) bahawa saya tidak perlu untuk membayar apa-apa, kerana bayi tersebut telah meninggal dunia. Berbekalkan surat kematian yang telah ditanda tangani oleh pegawai perubatan yang bertugas dan beberapa dokumen lain saya dan bapa kepada bayi tersebut (adik lelaki saya) pergi ke unit hasil Hospital Kajang untuk menjelaskan bil tersebut. Di unit hasil kami telah dilayan oleh seorang kakitangan yang teramatlah sombongnya, (FARAH AZFARINA BTE ABDUL AZIZ, ID no: 2737) kami diarahkan membayar sebanyak RM500.00. Kami agak terkejut kerana ini bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh pegawai dari unit rawatan rapi tersebut. Lalu saya bertanya " kenapa kena bayar macam tu punya mahal"? Jawapan yang di beri oleh Farah amatlah men...