Layanan Buruk Di Unit Hasil Hospital Kajang

Pada 08/07/2008 jam lebih kurang 1.30 petang saya telah pergi ke UNIT HASIL Hospital Kajang untuk menjelaskan bil hospital anak saudara saya (5 BULAN) yang telah meninggal dunia jam 11.55 pagi. Saya di fahamkan oleh pegawai yang bertugas di unit rawatan rapi (BAYI) bahawa saya tidak perlu untuk membayar apa-apa, kerana bayi tersebut telah meninggal dunia. Berbekalkan surat kematian yang telah ditanda tangani oleh pegawai perubatan yang bertugas dan beberapa dokumen lain saya dan bapa kepada bayi tersebut (adik lelaki saya) pergi ke unit hasil Hospital Kajang untuk menjelaskan bil tersebut. Di unit hasil kami telah dilayan oleh seorang kakitangan yang teramatlah sombongnya, (FARAH AZFARINA BTE ABDUL AZIZ, ID no: 2737) kami diarahkan membayar sebanyak RM500.00. Kami agak terkejut kerana ini bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh pegawai dari unit rawatan rapi tersebut. Lalu saya bertanya " kenapa kena bayar macam tu punya mahal"? Jawapan yang di beri oleh Farah amatlah mengejutkan, katanya" INI PUN DAH MURAH, RM500.00 JE, KALAU NAK DIIKUTKAN LAGI MAHAL, SEBAB DUDUK PUN KELAS 3 JE." Dengan perasaan yang agak terkejut saya pun terus membuat bayaran seperti yang diminta. Kami pun pulanglah ke UNIT RAWATAN RAPI (BAYI) dimana jenazah anak saudara saya ditempatkan. Kami menyerahkan segala dokumen kepada pegawai perubatan yang berkenaan. Dengan nada yang separuh menjerit dia terkejut melihat amaun yang terpaksa kami bayar. Tanpa berlengah dia merujuk kapada pegawai atasan, samaada kami masih terpaksa membayar kos yang sebanyak itu, sedangkan bayi tersebut telah meninggal dunia. Jawapan yang diterima adalah sama yang diberikan oleh pegawai perubatan tersebut sepatutnya tidak perlu membayar apa-apa. Lalu mereka menelefon ke UNIT HASIL untuk mendapatkan kepastian. Jawapannya : YA, kami tidak seharusnya membayar apa-apa pun. Kami "diarahkan" semula ke UNIT HASIL untuk membatalkan pembayaran. Apabila saya ke UNIT HASIL dan bertemu semula dengan FARAH, tanpa meminta maaf atas kesilapannya menyatakan " tak pelah kami batalkan saja bayaran tadi" Dengan tak puas hati saya bertanya lagi, "tadi kan saya ada tanya". lalu dengan nada yang agak tinggi FARAH menjawab " Alah tadi saya tak nampak perkataan MENINGGAL DUNIA tu". Jawapan yang diberikan amatlah menyakitkan hati sesiapa yang mendengarkan. Dahlah kami kehilangan satu nyawa, jawapan yang diberikan " TERAMATLAH KURANG AJAR". Adakah itu jawapan yang diajar oleh pegawai atasan setelah membuat kesilapan. Dimanakah slogan yang diwar-war oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Tanpa meminta maaf dan berasa bersalah sedikit pun, dia memandang kearah saya dengan riak muka yang seakan tidak puas hati. Dengan masa yang suntuk dimana kami ingin membawa jenazah ke bilik mayat, terpaksa pulak berulang alik ke UNIT HASIL, untuk menyelesaikan masalah SI FARAH kami rasa amatlah berduka cita dengan pihak pengurusan UNIT HASIL Hospital Kajang. Kami adalah WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERHAK UNTUK MENDAPAT LAYANAN YANG SEBAIKNYA. Bukanlah kami meminta layanan yang terlampau, cuma sekurang-kurangnya berpada-padalah ketika mengeluarkan kata-kata. Kami berharap selepas ini kejadian tersebut tidak terjadi kepada sesiapa yang berurusan di UNIT HASIL Hospital Kajang.
Pada kaki tangan HOSPITAL yang lain, belajarlah menghormati perasaan orang lain. Kami berharap ada tindakan susulan keatas " FARAH AZFARINA BTE AZIZ" demi menjaga imej HOSPITAL KERAJAAN.

Comments

Popular posts from this blog

BINA KERJAYA BERSAMA VOLTEN

VR4 CAPSULE HALIA HITAM BY VOLTEN INTERNATIONAL

Biskut Almond London